sEkUmiT tIntA sEdiKit kAta sEcUkuP rAsa

I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet, strange, I am ungrateful to those teachers.

Thursday, January 31, 2008

selagi masih ada

31 jan

Siapa menyangka dari paras bersahaja itu lahirnya bait-bait sempurna sebuah irama, madah-madah terindah sebuah lagu, kiasan menguntum rindu malah bahasa-bahasa seputih kaseh.


Dari dia, dari loloq..


Seperti sebuah andalusia dalam kisah bonda, sesuci cinta dewa dewi yang mampu membenih manik-manik halus dihujung kelopak mata seperti awan yang terpilu dalam nafas cinta, dalam angan dan sedar.


Dan siapa menyangka perginya tanpa berpesan, membenih kejutan dan yang pasti meruntun redha dalam jiwa..


Perginya dia, perginya loloq..


Inilah kehidupan. Dunia sekadar sebuah pementasan. Sekadar sebuah lakaran. Yang mana sudah di coretkan dengan baik oleh insan sekamil loloq.

Kita kehilangan kedipan sebuah bintang yang prolifik, tapi yang pasti, gemerlap cahaya terus akan menerangi persada seni menyuluh sinar rindu akan lirik-lirik yang menyentuh.


Al-fatihah buat allahyarham rosli khamis. moga ditempatkan bersama insan -insan teragung di syurga.

Wednesday, January 30, 2008

yang diucap dalam bahasa terindah ..

30 jan

Ungkapan cinta. Jep selalu ckp saya jiwang. Munirah binti Mustafa juga berkata begitu. Hehe. Tapi saya rasa saya tidaklah jiwang sangat. Hanya saya cuba untuk mengungkap perasaan saya dengan bahasa berlapit. Sebab saya percaya, perasaan ini, apa yang kita rasa, adalah sesuatu yang indah.. jadi harus pasti diungkapkan dalam bahasa terindah.

Saya rasa seorang melayu selalunya tidak direct. Maksud saya, mereka menyampaikan maksud secara tidak terus. Nakalnya bersulam jenaka. Marahnya berkait seloka. Yang pasti, katanya selalunya berkias. frank dalam satu bukunya ada menulis tentang percintaan melayu pada masa dahulu,

" gadis melayu pada masa itu memberikan isyarat setuju pada jejaka pilihannya dengan menjatuhkan kain tudungnya dihadapan jejaka yang disukainya, dimana anak mata mereka tidak mungkin bertemu " . indahnya~

Sebab itu, saya rasa, perlunya bahasa terindah dalam mengungkap perasaan. Lagipun, fatin cakap kat saya, “apa yang orang rasa tak penting, yang penting apa yang saya rasa.”.. hehe

Hari nie saya banyak aktiviti.. pagi ke lab, petang berjumpa supervisor. Dan kala bulan mengambang, jep-haidi-bote-peje menghasut saya supaya pergi menonton wayang. Sungguh keji perwatakan mereka..Tapi mereka terpaksalah menunggu sehingga saya tamat menonton puteri saya. Hehe. Apapun satu perjalanan menyeronokkan dengan macam-macam peristiwa yang boleh dibuat status YM.

Sebenarnya, hari nie saya patutnya tulis pasal jep yang rasa diri dia lagi abang dari saya, tetapi saya tiada idea nak tulis. Hehe.

Tuesday, January 29, 2008

menjadi wanita

29 jan

Gagal ke final. Argh.. susahnya nak lupakan.
Saya teringatkan kisah sarah, bandmate saya. Dia nie sebaya saya. Tapi tak sama sekolah. Saya kenal sebab dia satu aliran skins dengan saya. Haha.

Dia nie waktu form 4 dipanggil untuk latihan pusat untuk main sukma team perak. Dia selalu nangis mengadu kena buli waktu training. Mestilah, dia yang paling muda kn. Selalu lepas dia training, mesti dia cari, ajak jamming. Dah th mesti request nak main lagu-lagu sedih. Sebab kesian, kitaorang layankan aje.. tapi 2,3 bulan je. Lepas tu dia dah ok. Kembali bernafas dengan riang.

Waktu form 5 dia dipanggil untuk skuad senior netball perak. Dia pergi, tp lepas 2,3 kali game, dia terus berhenti. Tak pergi dah training.. ramai orang tanya dia kenapa, cakap rugi.. tapi dia cakap dengan kitaorang, ayatnya dalam bi, saya tak ingat sangat.. tapi dalam melayunya ..

“ Perempuan tidak dilahirkan sebagai wanita,
Mereka menjadi wanita “

Bila gagal dalam skoldetto nie baru saya faham. Kita patut ada titik noktah dalam sesuatu perkara. Maksud saya berhenti pada masanya. Mengertilah saya bertapa wanitanya sarah berbanding usia dia waktu itu..


Malam nie saya gembira..
Perak 2 – Terengganu 0~

Monday, January 28, 2008

kesian beckham

28 jan

Hari nie saya jumpa dalam internet. Satu company kat china guna nama beckham tanpa kebenaran untuk promosi produk diorang – kondom.


Saya rasa beckham patut melakukan sesuatu. Bayangkanlah produk tu didatangkan dengan slogan, “ bend it like beckham ”. Bayangkanlah~

Hari nie cik reef cakap saya bawa vespa laju.. sungguhlah fitnah!

Sunday, January 27, 2008

ditunjukkan jalan keluar

27 jan

Hari nie ee4 seri dgn ee3. Tapi tak layak ke final atas sebab perbezaan point. Dunia yang sgt kejam.

Selepas pulang dari perlawanan itu, satu yang jelas. Pemain bola ee4 mengalami sindrom kemurungan yang nyata. Mereka duduk, diam tanpa kata tapi jelas riak kecewa pada wajah.

Mari bercerita tentang bola sepak. Ee4 biasanya mengamalkan formasi basic football 4-4-2. 4 pertahanan, 4 midfielder, 2 striker. Oleh kerana ee4 terkenal dengan gaya menyerang, seorang pemain pertahanan biasanya ditolak keatas untuk membantu bahagian tengah. Pada ketika menyerang, biasanya 2 striker digunakan ee4. Satu striker yang laju, dan satu striker berorentasikan backup.

Serangan biasanya digerakkan oleh pemain midfielder kerana dalam bola sepak pemain midfield dikenali sebagai pelakar.. bahasa mudahnya, playmaker.

Cukuplah sampai disini,, jumpa dilain waktu..


Saturday, January 26, 2008

setengah dozen tanpa balas..

26 jan

Mlm ini saya terpaksa membuat pilihan. Antara cinta saya terhadap baizura kahar dgn kaseh saya kepada team bola perak. Satu berlakon cite: watie & wanie, satu lagi menentang team pdrm. Akhirnya saya membuat keputusan yang adil. Saya rakam cite baizura berlakon, saya tgk perak main.. adilkan saya..

Saya sangat teruja dengan persembahan kedua-duanya. Baik baizura, mahupun perak.
Perak spt tajuk td, menitik pdrm sebanyak setengah dozen tanpa balas~
Baizura dtg dgn pakej lengkap: cute+baju kurung+ponytail.. whoa~

tp saya tak suka hero cite th. sebab dia dengan sesuka hati je pegang tangan baizura. hempuk karang! haha. walaupun apa pun, saya lebih suka percaya perbuatan itu dilakukan secara camera trick. hehe..

Keputusan skoldetto hari nie..
ee4 [2] – ee1b [0]
ee4 [3] – master [0]

Friday, January 25, 2008

pemanduan vespa berhemah oleh Dr. Ansor


25 jan

Dr : Yob, kamu nie aku tgk bw vespa zuuupp, zuuupp perginya.
Slow2 la yob..

Saya : Bkn saya kot Dr..

Dr : Kamulah, aku kenal sgt vespa biru nie..
Slow2 la yob.. engineer yob, engineer..

[adeh, apakah perkaitan vespa dgn engineer?]

Keputusan skoldetto hari nie..
ee4 [2] – ee1a [0]

Thursday, January 24, 2008

pengajaran yang pahit

24 jan


Hari ini permulaan skoldetto. Ee4 atau lebih dikenali sebagai pasukan ayam turun menentang EE2.

Hari ini barulah saya mengerti kata steve darby waktu perak kalah kepada kedah final piala Malaysia 2007 – “kami bermain baik, tapi sayang, tuah bukan berpihak pada kami”

Menguasai permainan, serang bertubi-tubi, tapi satu pun tak mahu menerjah gawang.
Seperti kata bot, serang sampai nak runtuh tiang gol~..

Sedikit rasa terkilan, kerana bola sepak ditentukan oleh jumlah jaringan. Bukan siapa yang menguasai permainan. Bukan jugak siapa yang bermain cemerlang. Jauh sekali siapa yang memiliki ruang. Pemenangnya adalah siapa yang bijak menggunakan peluang.

Saya rasa ada persamaannya dalam memenangi hati. Bukahlah siapa yang benar-benar mencinta. Bukan jugak siapa yang ikhlas. Pemenangnya adalah siapa yang hadir pada waktu yang tepat dan bijak memanipulasi peluang..

Wednesday, January 23, 2008

saya hanya mahu kamu ..

23 Jan
Hari nie saya dpt hadiah stoking.. utk pakai waktu skoldetto. Hehe, terima kaseh ek.

Cinta.
Saya rasa sesape pun susah nk definasikan cinta. Mmg lah cinta yang teragung itu adalah cinta dengan Pencipta seluruh alam nie. Tp cinta yang saya maksudkan adalah cinta manusia..


Kalau merindu pada rembulan,
Kenalah tunggu pada waktunya,
Tapi andainya kau rindu padaku,
Ketuklah pintu hati sedang menunggu ..


Soalnya, siapakah yang berani melakukan ketukkan itu?

Saya selalunya memilih untuk diam, menyimpan keinginan dalam hati. Kerna, saya percaya, bknlah semua benda yang patut diluahkan.. ada benda yang patut dibenamkan je dalam hati..

“ melihatkan dia bahagia, saya juga bahagia. Meski cintai, bukanlah bermakna memiliki ”

Tuesday, January 22, 2008

frenster dan adik sharlinie,

22 jan

frenster dan adik sharlinie,

hari nie genap 2 minggu saya tidak membuka frenster saya, rindunya nk buka ..
hari nie jugak sudah 13 hari sharlinie hilang, mesti family dia lebih seksa menanggung rindu berbanding saya..

saya bisikkan pada hati,
saya tak nk bk frenster smpai sharlinie jumpa blk, saya pun tak tahu apa kaitannya, tp sekurang-kurangnya buat sesuatu,
dari hanya membaca beritanya saja di kolum-kolum akhbar.

Saya pun ada adik yang berusia lingkungan satu angka nie, mengenangkan semua nie, saya faham perasaan kehilangan keluarga dia.


Pada penculik sharlinie,
Anda bukanlah lelaki, kalau lelaki carilah lawan yang mampu memberikan tentangan, bkn budak-budak kecik cm th..
Saya doakan anda di tempatkan di neraka buat selama-lamanya.

Pada sharlinie, moga cepat ditemukan pada keluarga tercinta, kami merinduimu .. Pulanglah.

Monday, January 21, 2008

faveret mistake saya ..

21 jan

Fyp yang tak berkesudahan ..

Hari nie, seharian saya kat lab meka, setupkan server untuk projek fyp saya.
Fyp nie pun satu hal, bilalah nk siap dengan sempurna..

Sedang saya buat-buat sibuk dgn robot server saya, saya dpt msg. rupanya dari kakak bank cimb th. Ringkas je

“ dah dpt duit deposit cek hari tue ? ”.

Ala, baru saya igt, saya lupa nk msg dia. Duitnya dah lama dpt dah. Citenya cm nie. Saya dpt cek utk elaun pakaian palapes. Rm750. Nk deposit kena pkai mesin deposit tue, manalah saya tahu semua tue. Jd kakak cimb tue yang ajarkan, masa nk balik tue dia ckp,

“ambek no hp saya nie, nanti dapat tak dapat duit tue msg saya ek”

Saya pun ambek dan serta merta missed call dia blk. Bila check hari tue, tgk duit dh masuk.. gembiranya, hingga saya lupa nk bg tahu kakak tue balik.
Adeh, kawan saya masa sekolah saya dulu selalu cakap, inilah feberet mistake saya – pelupa~

Sungguhkah?

Sunday, January 20, 2008

gitar, ego, islam dan memori nenek

20 jan

Hari ini atuk kawan saya meninggal dunia. Takziah untuk keluarga dia, moga roh arwah ditempatkkan bersama-sama roh org-org yang beriman.

Saya tetiba rasa rindukan nenek, jd saya ambek balik blog dl yang saya tulis masa saya rindukan nenek dan saya paste kat bwh nie. Selamat membaca..

gItAr , eGo , iSLaM & mEmOri nEneK

seawalnya hati ini,terhimpit kesunyian .. disitulah adanya alunan petikan gitar dan imbauan kerinduan terhadap nenek. namun akhirnya tetap jua itu . Konflik . pertembungan antara perspektif islam seorang nenek dan ego seorang cucu [ mungkin ].

kasih nenek tercurah basah cucu tak penah kering hatta merintih panasnya hati muda seorang cucu . metafora dekatnya isi dan kuku , itulah perlambangan simpulan hati 2 insan .

mungkin pandangan nenek terhadap musik itu yang membentuk tembok pemisah . tak lupa juga edaran zaman dan persekitaran yang cukup rabani nenek , mendekatkan dirinya dengan alam , merapat dirinya dengan agama malah mengakrabkannya dengan Pencipta .

jelas sekali susun atur ayat nenek . tanpa cuba berselindung , jauh sekali berkias..

“ main musik ini tak elok bagi orang islam “

tidak skali cuba menegah kata nenek , sekali lagi ku ingatkan diri . musik dari perspektif nenek. imej perempuan kaberet bermini skit ketat , disitulah musik. menari melewati batas sosial dan hukum agama , disitulah musik. liar. zaman nenek musiknya terarah kesitu. meminjam pendapat Dr. al-Imam Prof Yusof al-Qardhawi - haram alat musik yang menjadi lambang kefasikan dan dinisbahkah kepada agama tertentu menurut pandangan uruf (budaya setempat) . kata nenek punya asas. fatwa Kedah pernah mengharamkan permainan alat musik bertali yang kemudian telah ditarikbalik. terbaru adalah harus dan haram (alat musik bertali) sekiranya dicampuri dengan maksiat atau melalaikan kita daripada beribadah kepada Allah dan menunaikan kewajipan- Nya – Majlis Fatwa Kedah.

sekali lagi halal haram itu dilandaskan pada niat .

mudahnya begini (sekadar pendapat peribadi).peralatan musik adalah semata-mata alat. umpama cawan , isinya susu atau khamar .. alatnya tidak haram,yang haramnya isinya itu.

lupakah kita kepada Abu Yusof al-Kindi, sarjana Islam yang mencipta kepada nota-nota lagu?

terhapuskan memori terhadap Abu Nasr Muhammad al-Farabi ? banyak karya tulisan agungnya dalam seni musik . kitab al-Muziqi al-Kabir (Kitab Muzik Agung) , kitab al- Ilmu al-Muziqi (Kitab Ilmu Musik) , kitab al-Madkhal fi Ta’alim al-Muziqi (kitab pengantar ilmu Musik) serta yang paling dikenali kitab fi Ihsa’ al –Iqa (Kitab keseimbangan nada harmoni) yang ironinya membawa kepada Kalam Lahu fi al- Naqrah Mu dafa ila al-Iqa’ (seputar keimbangan paluan gendang, biola dan Nada harmoni) adalah antara penulisan musik beliau.

lebih mengasyikkan lagi, Al-Farabi sendiri mencipta alat musik rabab dan qanun.. Rujukan kepada ilmu kedoktoran Ibnu Sina sendiri malah pernah mengaitkan seni musik dalam karya seperti dalam Asy-syifa dan an-Najat.

[ untuk berkata benar , kitab – kitab tadi yang aku baca bukanlah nafkah aslinya , Cuma terjemahanan serta beberapa sinopsis kitab – kitab aku baca dari laman-laman internet berorentasikan Islam serta sumber dari teman.Mungkin terdapat cacat celanya pada terjemahan itu mahupun kesilapan pemahaman teman-teman terhadap kitab-kitab tersebut , tetapi percayalah .. apa yang cuba dituliskan ini sekadar mengaitkan ilmuan agung Islam dengan musik ]

sewaktu mencari artikel tentang pertalian musik dan Islam di ruang-ruang sembang internet , seorang teman, sara redhuan mengingatkan kisah tentang Rasulullah & Aishah. ringkasan kisahnya begini. sewaktu berjalan-jalan bersama Rasulullah , Aishah terpandang sekumpulan manusia sedang menyaksikan pertunjukkan kesenian.Oleh kerana saiz fizikal Aishah yang kecil,maka beliau agak terlindung dari menyaksikan terus petunjukkan tersebut..Lalu Aishah diangkat oleh Rasulullah ke bahunya. hal ini membolehkan Aisyah menyaksikan pertunjukkan ini.

aku berminat dengan kisah tersebut lantaran meminta sara memberikan sumber konkrit kisah tersebut. sara gagal memberi sumber konkrit kepada kisah itu lantas menegaskan cerita tersebut adalah diperturunkan daripada ustatnya sewaktu dibangku sekolah. sara adalah pemusik bebas bawah tanah (underground) yang pernah bermain musik sepentas dengan aku.

[ apa yang ingin ditegaskan disini,kisah tersebut tidak dapat aku buktikan sahih atau sebaliknya.aku akan cuba mendapatkan sumber sebenar kepada kisah tersebut ]

kembali kepada kisah nenek. lantas ku sedar, pengharaman terhadap alat musik oleh nenek mungkin kerana ketaksubkan aku yang terlalu ghairah menyusun langkah mengekori imej rockstar satu ketika dahulu..mungkin nenek benar. pengharamanannya kerana sikap aku yang mungkin melencung dari landas budaya rumpun melayu satu ketika dahulu.mungkin.

jauh sekali membidas nenek . tidak sekali menampilkan ego diri . cuma merungkai kata dihati,setelah jalan ku pilih. berhenti memetik gitar. terus tenggelam dalam kerinduan terhadap nenek.

Al – Fatihah buat nenek .

jOe a’jAcK .. 11 jun 2006

blog ini ditulis untuk teman-teman musik yang pernah sama mengalunkan irama..yang masih mencari kebenaran serta yang selalu bertanya pada aku tentang halal haram memetik gitar.

Saturday, January 19, 2008

hari blog pertama saya ,,

19 januari

Hari nie adalah hari pertama saya tulis blog ini. Huarh.. tak tahu pun nk tulis apa. Hehe

saya belek-belek dalam folder gambar saya, saya pk sama mesti letak satu gambar hari nie.

akhirnya saya jumpa juga, gambarnya sarah, bandmate saya dulu emailkan..

rindunya nk jamming korg..