sEkUmiT tIntA sEdiKit kAta sEcUkuP rAsa

I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet, strange, I am ungrateful to those teachers.

Sunday, October 25, 2009

Jozan


Sewaktu berjalan-jalan di Bukit jambul, saya didatangi dua pemuda.
Mereka beria-ria mahu bergambar dengan saya.


Hehe. Kenapa tetiba blog nh bau hancing?
Hehehe.

Lembing Awang Pulang ke Dayang

Judul : Lembing Awang Pulang Ke Dayang
Masa : 9.35 malam
Tarikh : 22 October 2009
Tempat : Hall 1, GSC Quensbays
Jumlah Penonton : 3 Orang


Membandingkannya dengan Puteri Gunung Ledang?
Jangan.



" Khalil Alam raja di Goa
Turun ke Medan bersepak raga
Sudah ikrar sepatah dua
Siapa mungkir masuk neraka "


Tak tahu dimana silapnya, filem ini hilang serinya. Mungkin terpaksa terikat dengan epik atau team produksinya yang gagal memanipulasi segala. Anda tentukan.


Filem ini diilhamkan dari kisah 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang' yang merupakan sebuah hikayat di hujung kurun ke-18 yang berlaku di Johor. Ia mengisahkan pengembaraan Awang selama tiga tahun bagi menyempurnakan adat untuk mengahwini kekasih hatinya. Dalam pengembaraan Awang, dia mula memahami erti hidup dan mempelajari sejarah kebesaran keluarganya. Dia juga bertemu beberapa watak di mana dia mampu menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan. Sepeninggalan Awang, hati tunangnya Dayang cuba dicuri oleh Bachok dengan bantuan guru silatnya, Panglima Merah, bekas ketua lanun yang amat digeruni di perairan laut Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dengan dua bilah lembing pusaka bernama Lembing Laki dan Lembing Bini. Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan Makasar di mana peluang memenuhi cita-citanya tersedia. Adakah cintanya masih setia bila digoda wanita Belanda? Di kota Goa, dapatkah dia menemui citra keturunannya? Hikayat ini terkenal kerana peristiwa berdarah yang meragut 99 nyawa. Saksikan kesudahan filem ini - adakah tragedi ini padah akibat adat janji yang dimungkiri atau angkara nafsu dendam yang tersimpan? – Sinema Malaysia,
www.sinemamalaysia.com.my


Saya lebih suka memanggil filem ini sebagai filem Copy n Paste dimana banyak babaknya dilakukan di dalam studio, kemudian di tampalkan kepada latar belakang persekitaran luar. Untuk berkata jujur, saya tidak tahu akan istilah perfileman yang digunakan untuk merujuk kepada teknik ini, tetapi ianya banyak diaplikasikan dalam filem ini. Babak Awang di dalam kapal sewaktu pelayarannya – sekadar menamakan contoh.


Ya. Tiada salahnya menggunakan teknik ini. Malah industri filem barat juga menggunakan teknik ini. Tetapi biarlah ianya dimanipulasikan dengan baik, tanpa membiarkan kecacatan kesan tempelan terserlah jelas.


Walau bagaimanapun, saya beranggapan pengolahan skrip dalam filem ini masih boleh dibanggakan. Babak Awang dan dayang bermadu kasih berselit pantun sangat romantik bagi saya. Sekali lagi, ininya sekadar pendapat peribadi.



Skrip pada babak pertarungan Awang dengan Bachuk juga agak sempurna.


“Bersungguh benar kau mahu menjual nyawa, baiklah”


"Sedangkan lautan luas dapat kuharungi, inikan pula bumi medan tempat berpencak. Tiap-tiap yang menebus mesti sanggup membayar"



Mungkin sebenarnya epik ini ingin mengajar kita bahawa apabila perkara yang baik disusah-susahkan dengan permintaan adat, maka akan berlakulah bencana.


Walaupun ianya dikatakan berlaku pada kurun ke 18 (perkara memberat-beratkan adat melebihi hukum), namun serta tak sedar, ianya masih lagi bergema dalam masyarakat moden era zaman globalisasi. Apabila adat melebihi hukum Tuhan.


Dua dari lima bintang.

Friday, October 9, 2009

Papadom


Apa yang kita tak suka?
Freshie gatal suka mencuri.


Memulakan ulasan dengan salah satu daripada himpunan plot-plot menarik filem Papadom. Arahan Afdlin Shauki.

Kisah bermula dengan Saadom dari perniagaan gerai nasi kandar yang kecil, sehinggalah memiliki rangkaian nasi kandar yang berjaya. Kerana terlalu sibuk dengan kerjanya, Saadom tanpa sedar mengabaikan keluarganya.

Akhirnya, isterinya Munirah terlibat dalam kemalangan. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Munirah mewasiatkan Saadom untuk menjaga anak mereka, Miasara dengan baik. Sejak dari itu, Saadom menjadi terlalu obses untuk untuk menberi perhatian pada Mia tanpa membenarkan sedetikpun Mia terlepas dari pandangannya.

Digarap dengan sempurna. Wajar menjadi filem terbaik.

Sila pilih babak-babak yang anda suka.
#1. Saadom tackle kaki Shasha (Scha) sebab bergaduh dengan Mia.
#2. Shasha (Scha) dengan kumpulan sorak cheer lagu “Freshie gatal..”
#3. Mat @ wajib tayang (Que) dengan bersahaja menamakan patung bearnya – Singa.
#4. Mia belek gambar beruang kat baju Mat sambil cakap-cakap comel “…sape nama awak? sape nama awak? sape nama awak? sape nama awak? “
#5. Semua babak jelmaan-jelmaan mun.

Saya paling suka yang #4. Comel.

Ada banyak lagi yang menarik dalam Papadom. Pergilah menonton.
4.5 dari 5 bintang.



Benarlah kata mereka, bukanlah mencintai maknanya memiliki.
Hatta, melepaskan ia pergi untuk sesuatu yang membahagiakannya,
adalah ertinya sebenar-benar cinta.

Lepaskanlah ia. Kalau itu yang membahagiakannya.
Senyumlah.


Walau terpaksa melepaskan jelmaan pari-pari indah dari lantai syurga.
Biarkan ia terbang bebas bersama sayap asmaranya.
Senyumlah.

Thursday, October 1, 2009

www.ezzanie.com

mulai hari ini blog ini boleh diakses melalui

www.ezzanie.com

Yeah.
Ucapkan tahniah pada saya sebab ada domain sendiri.

Tahniah ezzanie yang hemsem!
hahaha