sEkUmiT tIntA sEdiKit kAta sEcUkuP rAsa

I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet, strange, I am ungrateful to those teachers.

Saturday, January 31, 2009

Sifu dan Tongga


Dari awalnya saya memang tidak mengharapkan apa-apa kelainan dari Razak Mohaideen dalam filem terbarunya ini berbanding filem sebelum-sebelumnya. Saya pasti filem ini adalah kitar semua dari fiem-filem yang lalu, dimana jalan ceritanya agak longgor dan nilai ilmiah yang sekumit.

Namun, apa yang memanggil saya untuk menonton filem ini adalah menonton penampilan pertama Nabil, Johan Raja Lawak musim kedua dan yang keduanya, filem ini sebahagiannya menjalani penggambarannya di Lenggong, Perak. Siapa yang tidak teruja, Erra Fazira berlakon di kampung saya.

Hasilnya, satu positif, dan satu lagi kontra.

Lakonan Nabil yang bersahaja, dibantu dengan Pelawak No.1 negara, Saiful Apek Nampak berkesan. Walaupun kebanyakkan lawak spaktikal mungkin kerana terikat dengan skrip dan jalan cerita, namun, terdapat beberapa babak-babak yang dijayakan oleh kedua pelawak ini nampak spontan dan hidup yang pasti menggeletek hati. Saya rasa sudah tiba masanya, pelawak diangkat lebih dari sekadar watak yang hanya membuatkan penonton ketawa dengan mesej-mesej kosong.

Lenggong. Anda tahu dimana? Pasti anda tertanya-tanya mengapa Razak memilih Lenggong sebagai lokasi penggambaran. Saya mulanya beranggapan Razak akan mengekpoitasinya menjadi babak indah yang mungkin tidak terdapat di tempat lain. Tidak. Anggapan saya nyata meleset. Tidak ada apa yang mahu dikagumkan. Pesan saya pada Razak, simpan saja bajetnya untuk dating ke Lenggong dan lakukan penggambaran itu di belukar di belakang rumahnya sahaja. Mungkin rasa kagum saya masih dibawa-bawa oleh filem Ana and The King, yang beberapa babak yang dilakukan di Lenggong, tetapi dimanipulasikan dengan baik sehingga seolah-olah Ana berada di taman-taman indah, pelusuk bumi yang penuh keajaiban.

Jika diajukkan perkara ini pada Razak tentunya dia menjawab soal bajet menjadi kekangan. Klise~

Mungkin apalah kapasiti saya untuk mengkritik filem. Bukan seorang pelajar seni, jauh sekali seorang professor yang mindanya pasti dipenuhi ilmu, selok belok dunia seni. Tapi, sayalah penonton, yang membayar harga tiket untuk menonton filem melayu pada hari pertama tanyangannya, dengan harapan, industri filem kita, satu hari nanti, mampu berdiri gagah dipersada dunia. Buatlah saya puas menonton filem yang skripnya ditulis dalam bahasa Melayu. Bahasa ibunda saya.

Dua dari Lima Bintang.
Sekian.

Saturday, January 17, 2009

Maut


Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar). As Sajadah, Ayat 21

Pertamanya, agak kecewa kerana file ini tidak ditayangkan di GSC Quensbay. Entah apa masalahnya. Tetapi saya dapat juga menonton pada hari pertama tayangan di Bukit Jambul Cineplex.

Masih agak sukar menpercayai ianya sebuah filem sentuhan Babe Hj Azmi. Saya telah dibesarkan dengan filem-filem Babe separti KL Menjerit, Syaitan dimana plot-plotnya digarap dengan teliti dan ditampilkan secara begitu kreatif. Tetapi malangnya, tiada garapan sebegitu pada Maut. Percayanya, ia begitu mengecewakan.

Maut membawakan tiga kisah dibawah satu judul. Kisah pertama berlaku pada bulan Syaban, kedua di Ramadhan dan ketiga di Syawal. Elemen yang menghubungkan ketiga-tiga kisah.

Syaban.
Mengisahkan tentang alam roh. Dimana roh seorang gadis yag mati dirogol cuba memberitahu dimana mayatnya berada.

Ramadhan.
Mengisahkan tentang alam ghaib. Seorang pramugari yang terbawa jauh terhadap kehidupan barat dan akhirnya disedarkan oleh pengembaraan kea lam ghaib semasa koma.

Syawal.
Tentang alam kubur. Mengisahkan bagaimana balasan Tuhan terhadap seorang pemuda yang fanatic terhadap falsafah music gelapnya yang mana pada hari pengkebumiannya berlaku banyak perkara pelik.

Ketiga-tiganya menghadapi masalah pada skrip. Penggunaan kata yang begitu baku. Dan gaya lakon yang kaku. Sungguh. Jalan cerita tidak digarap dengan sempurna dan plot-plot dijalinkan dengan begitu longgar. Jalan cerita yang mudah diteka. Kamu hanya perlu menonton 5 minit pertama setiap kisah dan sudah dapat meneka akhirnya. Percayalah, tekaan kamu pastinya tepat. Penekanan pada punch line dibiarkan begitu lemah, tidak padu. Mungkin yang menjadi keutamaan oleh Babe dalam filem ini adalah nilai moralnya. Pengolahan cerita seolah-olah diabaikan oleh mesej moral yang sarat dalam filem ini.

Walaubagaimanapun, kredit harus diberikan pada kisah ketiga-Syawal. Ianya begitu hidup. Plot dimana satu gig sedang berlangsung sangat realitik. Pastinya Babe melakukan banyak homework untuk ini. Dari pengalaman saya, saya pasti dari pakaian penonton gig, hinggalah ke nada bunyi kumpulan musik itu, pastinya Babe melakukan banyak penyelidikan sebelum mengarahkan plot itu. Ianya bukan seperti adegan gig black metal dalam drama Yusof Haslam yang begitu tidak sempurna.

Kredit juga pada Que yang mempamerkan mutu lakonan kelas A. Tersendiri. Dari gaya lakon hinggalah ke ungkapan dialog, Que memang wajar mendapat pujian. Sayangnya, Que seorang tentunya tidak dapat menggangkat keseluruhan cerita menjadi satu karya agung. Apapun, selamat pengantin baru untuk Que. Hehe.

3 dari 5 bintang.

Tuesday, January 13, 2009

Surat untuk Tuan Pegawai

Terdapat dua jenis manusia yang saya jelik.

Satu.
Seorang yang diberi jawatan dalam kerajaan, atas nama keterbukaan, lalu megah dan lupa fakta bahawa bangsanya dulu pernah menjadi penumpang di tanah ini.

Dua.
Seorang yang membiarkan maruah bangsanya dipijak oleh bangsa lain demi sebuah jawatan.

Dan pastinya yang kedua lebih jelik.

Persetanlah kamu. Tidakkah sedikit bangga bahawa tanah yang kamu berpijak ini, langit yang megah terjunjung ini, dahulunya pernah dinamakan Tanah Melayu.

Tanah kamu dan saya.
Tanah bangsa kau dan aku.