sEkUmiT tIntA sEdiKit kAta sEcUkuP rAsa

I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet, strange, I am ungrateful to those teachers.

Thursday, February 28, 2008

pergi jauh ..

bila malam
saya suka tengok bintang
bintang yang saya suka tu
selalu ada disitu
bersinar terang
indah dan mengerdip

jauh tinggi disudut sana

saya suka bintang
bintang menyamankan saya

saya suka bintang
bintang membahagiakan saya

saya suka bintang

bintang mengembirakan saya

saya selalu mimpi
kalau saya dapat petik bintang
saya simpan dipenjuru hati
agar bintang akan selalu ada
akan selalu menyinari saya

akan selalu menemani saya

kalaulah bintang tahu
saya ingin dia selalu menerangi mimpi saya
kalaulah bintang tahu

saya tahu
itu cuma mimpi
itu cuma angan

saya tahu
jasad tak lah selalunya
sehebat mimpi

itu dulu
bintang sudah enggan temani saya
bintang pun sudah mahu pergi jauh
bintang ingin pergi jauh

Pergi jauh ..



:: sekarang musim hujan, mungkin awan gelap yang lindung bintang ..
:: sekarang hujung sems, mungkin bintang sibuk dengan kerja dia ..

Monday, February 25, 2008

kuasa dan kemanusian ..

[satu] : kemanusiaan

Timbalan menteri keselamatan dalam negeri, Datuk Fu Ah Kiow (baca bekas timbalan menteri) cuba untuk meredakan kebimbangan orang ramai dengan mengeluarkan fakta bahawa tahap kes yang diselesaikan oleh polis malaysia jauh lebih baik dari Interpol. Polis (40-50% kes diselesaikan) - Interpol (20% kes).


saya tahu dalam matematik mudah darjah enam, sudah tentulah polis mempunyai imej yang baik. tapi, tolonglah, ah kiow, saya bukan sebegitu benggap untuk mengetahui bahawa Interpol menjadikan dunia sebagai crime scene nya manakala polis hanyalah mengurus kes jenayah dibumi kecil kita,Malaysia.

sampai bilakah kamu mahu membiarkan pembunuh nurin berkicauan bebas? bilakah pula kamu mahu menemui nini (sharlinie)? bila dia sudah pergi menemani nurin disana? bila dia pergi menemui Ilahi?


kamu mempunyai ruang untuk berkata-kata. jangan jadikan madah kamu menyakitkan hati~



[dua] : kuasa

belek-belek akhbar kamu. baca tentang perjalanan penamaan calon untuk pilihan raya. kamu akan dapati seolah-olah kamu sedang membaca cerita jenaka.

betapa kelakar menyaksikan calon-calon cuba untuk melucutkan kelayakkan bertanding lawan mereka dengan alasan remeh. nama tidak disertakan perkataan 'bin', malah lebih kelakar, tidak meletakkan titik turut dijadikan bahan bantahan.. tapi ianya tidak sekelakar mencalonkan orang yang muflis~

kamu laungkan demokrasi. kamu jeritkan perjuangan membela rakyat. usahlah mencari kemenangan sebegitu. tentanglah lawan kamu dengan adil. kalau takut dengan risiko, usahlah kamu bicara tentang perjuangan ..

sekadar teringatkan sepotong kata : ahli politik seperti lampin, mereka perlu ditukarkan dengan kerap ..






Sunday, February 24, 2008

trade ..

Petang minggu saya dipenuhkan dengan menonton filem trade. Sinopsis:

When 13-year-old Adriana (Paulina Gaitan) is kidnapped by sex traffickers in Mexico City, her 17-year-old brother, Jorge (Cesar Ramos), sets off on a desperate mission to save her. Trapped by an underground network of international thugs who earn millions exploiting their human cargo, Adriana's only friend throughout her ordeal is Veronica (Alicja Bachleda), a young Polish woman captured by the same criminal gang. As Jorge dodges overwhelming obstacles to track the girl's abductors, he meets Ray (Kevin Kline), a Texas cop whose own family loss leads him to become an ally.

From the barrios of Mexico City and the treacherous Rio Grande border, to a secret internet sex slave auction and a tense confrontation at a stash house in suburban New Jersey, Ray and Jorge forge a close bond as they frantically pursue Adriana's kidnappers before she is sold and disappears into a brutal underworld from which few victims ever return..


Saya jarang membukakan hati untuk menonton filem luar. Tapi percayalah, filem ini mampu menerbitkan manik-manik halus di hujung kelopak mata anda. Atau setidak-tidaknya, menyentuh rasa dalam hati anda. Tontonlah..

[nak movie th bley lah mintak dengan bayaran serendah teh ais~ haha]

semalam perak menang 5-1, sama dengan man u - new castle 5-1 ..
wah, perak sehebat man u.
kejor yob kejor!

Friday, February 22, 2008

mencari kamu ..


Bangun pagi. Dapatkan surat khabar dengan segera. Cari perkataan “Sharlinie”. Percayalah, anda tidak akan menjumpainya di muka hadapan, kedua mahupun ketiga. Percayalah, bukan juga dimuka empat.

Beritanya : Penerbitan buku ‘dimana sharlinie’. Saya melihat ia dari 2 sudut. Satunya, kontroversi yang dicetuskan mampu mengingatkan masyarakat tentang sharlinie. Mampu membuatkan kita kembali menyebut sharlinie seolah baru semalam dia dibawa pergi.

Satu laginya, perasaan keluarga sharlinie. Tolonglah mengerti perasaan orang yang kehilangan insan tersayang. Tidak sepotong kata dapat menggambarkan lara mereka. Berhentilah mengaut keuntungan dari kesedihan orang lain. Cukuplah, kita sudah mampu membezakan baik dan buruk.

Apapun, semuanya cuma sekadar pendapat sendiri. Luahan rindu seorang keldil kepada insan kecil yang kini menghilang jauh..

pasukan kita..

Selalunya, dalam satu perlawanan bola sepak, terdapat berbagai jenis penyokong bola sepak. Walaupun mereka menyokong pasukan yang sama, tetapi pada hakikatnya mereka memiliki etika yang berbeza terhadap pasukan.

Disini saya senaraikan beberapa kumpulan penyokong yang dapat dikenali dengan mudah melalui penampilan mereka.


1. Die hard fan

Mereka ini selalunya berpakai jc home pasukan. Berkeupayaan bercerita tentang pasukan dengan lengkap dari segi formasi, pemain dan taktikal. Kumpulan ini biasanya dianggotai oleh seluruh peringkat usia. Mereka jarang mengkritik pasukan tetapi merupakan pengkritik yang lancang jika pasukan bermain teruk.

2. The Firm
Mereka ini merupakan kumpulan sub kepada die hard fan. Memiliki keupayaan sama dengan die hard fan. Tetapi biasanya dianggotai oleh pengikut skinheads serta punk. Mereka merupakan pencetus kepada budaya hooligan, tetapi agak jarang sekali dipraktikkan. Mereka dapat dikenali dengan pemakaian selempang yang diikat dileher. Kumpulan ini biasanya sangat fanatik serta tidak disukai oleh penyokong lawan.

3. Nutral
Kumpulan ini hanya menganggap bola sepak tidak lebih dari sebuah hiburan. Selalunya duduk dan menonton tanpa ada perasaan.


4. Lalang
Memberi sokongan padu apabila pasukan berada di kemuncak pretasi. Mengkritik apabila pasukan gagal mempamerkan persembahan memberansangkan. Sentiasa mengharapkan pasukan menghidangkan kemenangan.

Sunday, February 17, 2008

peristiwa kita

Saya selalu rasa saya seorang,
Rupanya tidak,
Saya ramai ..

Saya selalu rasa saya sunyi,
Rupanya tidak,
Saya riuh ..

Saya selalu rasa saya sedih,
Nampaknya bukan,
Saya riang ..

Saya selalu rasa rimas,
Nampaknya bukan,
Saya nyaman ..

Saya ramai sebab saya ada kamu
Saya riuh sebab saya punya kamu
Saya riang sebab saya milik kamu
Saya nyaman sebab saya sisi kamu

Biar semua hilang, tapi bukan kamu
Biar semua musnah, moga bukan kamu
Biar semua hancur, pasti bukan kamu

Kerana saya tahu,
Kamu tetap kan masyur dalam hati,
Segar dalam ingatan
Mengharum dalam jiwa

Biar jauh beribu batu,
Biar masa beribu detik
Saya pasti ada kamu

Kita ..






































Thursday, February 14, 2008

Sekadar sebuah catatan

Hari ini, 14 februari, hari lahir bapa saya. Selamat hari jadi,ayah. Hari ini juga hari jadi kecik.. surprise.

Semalam parlimen dibubarkan, hari ini tarikh penamaan calon dan pembuangan undi ditetapkan oleh spr. Saya tidak berminat menulis tentang politik. Sejak dari zaman persekolahan lagi, saya menganggap politik sesuatu yang kotor. Jijik dan menjengkelkan.


Tapi seperti masa berputaran, saya akhirnya menyedari, politik tidaklah kotor, cuma ahli politik yang menjadikkannya jelik. Saya jijik melihat perbuatan memanipulasi media untuk meraih undi, memburukkan lawan demi meningkatkan krebiliti diri, menyumbang bukan kerana simpati dan berkata berlapit dusta.

Baik kerajaan mahupun pembangkang, saya bukan memihak kedua-duanya.

Saya kesal kerana semua pandangan terarah ke sini. Helaian-helaian awal surat khabar dipenuhi berita politik, saluran televisyen dilonggokkan propaganda, hingga kita akhirnya melupakan shalinie.

Pencarian sharlinie tidak lagi diberikan ruang dimuka hadapan. Ditolak ke sebelah dalam dada akhbar. Satu hari nanti mungkin, berita sharlinie ditolak ke ruangan iklan atau paling menyedihkan, jika khabar berita pencarian sharlinie dianjakkan ke ruangan hiburan. Begitulah kita, masyarakat paling penyayang~.

Tidak sekali membidas sesiapa.jauh sekali mengaibkan media. Cuma sekadar meluah simpati, pada ruang sekumit mimpi, moga dijauhkan semua. Apalah gunanya rating pentadbiran antara yang terbaik dunia, rating jenayah diperingkat terkawal, bila kita melupakan sharlinie dan membiarkan ia menjadi sekadar sebuah catatan, dalam lipatan sejarah..

Tuesday, February 12, 2008

Response time


MOHAMED ZUL EZZANIE
83599 – KEJURUTERAAN MEKATRONIK

Tajuk: Mengkaji tahap masa tindakbalas (response time) kawan-kawan terhadap sms saya

Radas:
1.Telefon Bimbit
2.Talian Prabayar
3.Teka – teki mudah

Kaedah:
1. Satu teka-teki mudah disediakan,

“ Cuba jwb teka – teki nie ..
Wujud dihujung dunia,
Duduk ditengah orang,
Lebih pada nama,
Kurang pada rupa,
Kecil di China,
Besar di Arab,
Ada di sana,
Tiada di sini,
Ada besar,
Tiada kecil ,
2 di atas,
2 di bawah,
1 pada emak,
2 pada ayah,
Ada dekat ayam,
Tiada pada itik,
Tiada dirindu,
Tapi banyak pada kaseh sayang .. “


2. Pilih 11 rakan-rakan.
3. Hantar sms teka-teki tersebut kepada rakan-rakan.
4. Masa bermula selepas delivery report tiba.
5. Perlu diingatkan bukanlah jawapan betul yang diambilkira, masa tamat dikira pada sms reponse tiba.
6. Satu jadual keputusan disediakan.

Keputusan:
1. Mariana 1 minit 30 saat
2. Rifqah 5 minit 45 saat
3. Fatin 6 minit 20 saat
4. Haidi 7 minit 10 saat
5. Ierwan 7 minit 13 saat
6. Sarah 8 minit 30 saat
7. Munirah 8 minit 45 saat
8. Jaffrey 15 minit 30 saat

Jadual menunjukkan susun bermula dengan masa tindakbalas yang paling pantas dan diakhiri dengan masa tindakbalas terlewat sekali.

Perbincangan:
Terdapat beberapa pemalar yang diabaikan dalam eksperimen ini seperti lokasi kawan-kawan berada, jantina, jumlah baki kredit mereka, jenis telefon bimbit mereka, kondusi pad kekunci, keupayaan menaip, sikap kedekut kredit kawan-kawan dan perkara yang sedang mereka lakukan ketika menerima sms. Manakala pemalar yang dimanipulasikan ialah umur, pusat pengajian, mempunyai telefon bimbit dan mengenali saya.

Kesimpulan:
Kawan-kawan saya masih mempunyai kadar respon yang pantas. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa peserta yang tidak menunjukkan respon sehingga masa eksperimen tamat iaitu 30 minit setelah sms dihantar. Keadaan ini mungkin terjadi kerana mereka ketiadaan kredit, diluar kawasan liputan, mempunyai urusan penting atau dengan sengaja mengabaikan teka-teki yang tidak menguntungkan.



Thursday, February 7, 2008

dunia baru..

Seperti biasa saya meneruskan tradisi menonton filem melayu dihari pertama tayangannya. Filem kali ini, dunia baru, the movie..

Setelah bersiri disajikan aksi pelajar-pelajar unisel ni di kolej mereka, kali ini mereka merantau jauh. Ke utara tanah air. Anda boleh membaca sinopsisnya di www.duniabaruthemovie.com.


Seperti biasa, watak utamanya, adif (pierre andre),masih lagi bermain dalam zon selamatnya membawakan watak pelajar lelaki yang pemalu dan kadang-kadang kelihatan manja, perwatakan yang sama seperti watak kogi dalam 9 september. Mungkin itu watak feveret pierre. Opie (elyana) juga mengekalkan perwatakkan ranggi dengan fesyen solekan ala-ala gothic punk. Satu watak yang paling menarik ialah Erika, lakonon buah hati saya. Satu-satunya sebab saya ke panggung~. Haha. Walaupun sekadar pelakon pembantu, kelibat baizura pastinya yang tampil comel pastinya memutik rasa cinta anda padanya. Kenapa saya asyik puji baizura? Hehe, seperti reef selalu cakap, “ suka la kan “. Jadi, suka hati saya la saya nk puji sape-sape pun.


Terdapat beberapa lawak spetikal tapi mungkin boleh diabaikan sahaja dan juga proses dubbing yang tidak beberapa sempurna. Bunyi kekadang kuat, kekadang pelan. Tapi, abaikan je.. tanpa suarapun baizura mampu mencairkan hati~

Apapun, sokonglah industri filem melayu.. Sekian, wassalam

Wednesday, February 6, 2008

menjamah kerinduan ..

Hari nh saya rasa serba tak kena. Saya rasa cm nk makan maggi, saya masak maggi tapi bila siap, rasa tak lalu pulak. Saya rasa nk makan roti sapu planta, bila dah sapu planta, tetiba tak de rasa nk makan. Saya rasa nk makan biskut, tapi bila saya buka tin biskut, sara rasa biskut tak menarik pun.. anaroksia kah saya?

Kemudian saya fikir, saya mesti makan. Sebab saya nak jadi gemuk. Saya dah bosan orang kata saya kurus sangat. Kemudian saya fikir lagi, nape mesti gemuk, salahkah saya menjadi 'kurus sangat'?


Sehari 24 jam. Saya rasa kuantiti saya makan sama je banyak dengan orang lain. Jadi apa yang membezakan saya dengan mereka? Anehkah sistem pencernaan makanan saya? atau mungkin saya sudah kena santau. hehe. [mintak-mintaklah dijauhkan]


mungkin juga ada makhluk asing menumpang dalam tubuh saya. bila saya makan je, khasiat-khasiat semua diorang kutip. cis, nie kira perilaku keji. saya yang bayar duit untuk makan, mereka yang dapat nikmatnya~. atau mungkinlah banyak cacing dalam perut saya. tapi orang cakap kalau banyak cacing nanti perut buncit. tapi perut saya tak buncit pun. haha.

Hari nie semua orang dah balik. Tinggal saya dengan haidi je. Saya rasa sunyi je. Mungkin saya akan rasa cam nie bila saya dah habis study nanti. Bila semua dengan haluan sendiri, tinggal saya sendiri mencari erti rindu.

Cukuplah sampai disini. Saya mahu ke lab. hehe

Tuesday, February 5, 2008

Semacam satu ketagihan

Saya rasa saya telah terkena sindrom ketagihan terhadap blog. Saya rasa begitu terpanggil untuk menulis blog walaupun saya sendiri tak tahu nak tulis. Kadang-kadang saya merasa begitu puas sekali membaca blog-blog orang lain..

Jam sudah 3.30 pagi.tapi saya masih lagi membaca blog-blog orang..


"Sembahyang di masjidku sama nilainya dengan sepuluh ribu sembahyang. Sembahyang di Masjid Al-Haram, sama nilainya dengan seratus ribu sembahyang. Sembahyang di medan jihad sama nilai dengan dua juta sembahyang. Tetapi yang lebih tinggi nilainya daripada kesemua itu, ialah sembahyang dua rakaat yang dikerjakan oleh seseorang hamba di tengah malam."

Betapa jauhnya saya disisi Tuhan. Betapa ruginya saya. Kalaulah saya ketagihkan ibadah ..

Sunday, February 3, 2008

catatan sebuah perjalanan..

Setiap dari satunya, bermula dengan epik hidup berbeza. Punya matlamat berbeza. Jauh berlainan paras. Tidak seiras rupa. Namun semuanya disatukan didalam satu ikatan. Dibawah satu hubungan. Inilah kita..

Dari benih perkenalan, kita tumbuhkan pohon-pohon persahabatan, kita mekarkan bunga-bunga kejujuran yang mewangikan taman-taman impian.Dari taman-taman impian, kita putikkan haruman akrab, yang memetri sebuah perhubangan. Inilah kita..

Adat diri penuh kedaifan, kita terimakan seadanya. Wajah penuh dengan contengan debu-debu kesilapan, kita padamkan dengan keihklasan. Jiwa meronta, kita satukan dalam sebuah ukhwah. Inilah kita..


Hijab-hijab hati kita runtuhkan. Dinding-dinding jiwa kita hancurkan. Tembok-tombok penghalang kita musnahkan. Dengan setiap air mata bersama. Dalam senyum tawa yang kita kongsi bersama. Inilah kita..

Pasti tersemat indah memori dihati, tercoret gah dilubuk sanubari. Pada setiap satu perbuatan, yang semakin mengukuhkan sebuah kemesraan. Inilah kita..

Dari ramai, kita jadi satu. Dari mimpi, kita jadi nyata.. kerna, kerna persahabatan adalah syurga dunia, yang terindah pernah kita miliki.. Inilah kita.


Dan pastinya, setiap pertemuannya berlatarkan akhirnya sebuah perpisahan. Dan di saat perpisahan berkunjung tiba, saya akhirnya akan merindukan kita dalam setiap doa-doa. Dalam setiap mimpi-mimpi. Kita..

Saya sepatutnya menulis catatan perjalanan ke perlis, tetapi saya melihat ia telah digarap dengan sempurna oleh jep. Dairi 10 orang pakcik di bumi perlis oleh jaffrey..


Gambar ini saya berasa persis seorang model. Perasan? Haha,, jeles la tue~

Friday, February 1, 2008

perlis ..

saya akan ke perlis untuk tempoh 3 hari .. moga bertemu lagi, insya-allah .