cara-cara membasuh vespa dengan betul ..
Langkah 1:
Tunggang vespa anda dari tempat parking ke lorong pejalan kaki. Tunggang dengan cermat dan ingatlah orang tersayang. Selepas itu, anda akan melalui kawasan yang sedikit mencabar skil pemanduan anda. Ini kerana lorong sempit dihadapan tandas hanya muat-muat dengan ukuran lebar vespa. Sedikit kesalahan pastinya melukakan vespa anda. Sampai ditengah-tengah kawasan asrama, parking vespa anda dengan posisi menggoda. Haha. Abaikan suara-suara sumbang yg menjerit “para, ko jangan buat gila”. Mereka hanya insan-insan yang tidak mengerti.
Langkah 2:
Cari kedudukan pili bomba terdekat. Pastikan pak guard sudah membuat rondaan dikawasan itu. Buka pintu pili bomba dan tarik paipnya ke kawasan anda memparkingkan vespa tadi.
Langkah 3:
Basuh vespa anda seadanya. Belailah ia ditempat-tempat hot spotnya.haha. lakukan proses ini sehingga semua kotoran hilang. Sekian. Renung-renungkan dan selamat beramal~
p/s: pihak kami tidak bertanggungjawab jika surat warna merah dari HEP sampai ke rumah anda. Pastikan ada mempunyai alasan yang baik untuk mempertahankan diri anda. Kanak-kanak sila ditegah sama sekali mencubanya. Semua aksi yang dinyatakan tadi dilakukan oleh mereka yang professional.