sEkUmiT tIntA sEdiKit kAta sEcUkuP rAsa

I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet, strange, I am ungrateful to those teachers.

Thursday, November 5, 2009

Pisau Cukur

Be-wau-raw-nge.
Boring.

Jika anda seorang gadis, anda mungkin tidak sependapat. Pasti.

Manakan tidak, seluruh ceritanya dipenuhi dunia dari mata feminin. Dengan hanya sedikit suntikan maskulin. Watak Zakaria beristeri tiga contohnya. Itupun kalau berpoligami itu selaras dengan takrifan maskulin anda. Bukan saya.

Ceritanya mengenai percutian diatas kapal mewah oleh dua sahabat, Bella (Maya Karin) dan Intan (Fazura). Intan merupakan seorang personaliti tv yang mengacarakan rancangan Jejak Jenayah. Dia memperoleh motivasi sejak dari kecil untuk menjadi personaliti tv kerana melihatkan mereka kebanyakkannya menjadi pasangan orang kaya. Intan telah berjaya dengan cita-cita itu kerana kini dia telah menjadi perempuan simpanan (baca: bakal isteri) Datuk Salleh (Radhi Kalid).

Bella pula lahir dari keluarga yang susah dan mempunyai pengalaman buruk dimana bapanya seorang yang tidak berharta dan mewariskan kedaifan kepada mereka sekeluarga walaupun ibunya merupakan dara pingitan kampung. Bercita-cita mewariskan masa depan yang cerah kepada (bakal) anak-anaknya, Bella menyimpan matlamat bersuamikan orang kaya. Dia telah gagal dalam cubaan pertamanya sewaktu menyertai rancangan Siapa Nak Kahwin Jutawan.

Di dalam kapal telah berlaku satu pembunuhan dan Intan yang kekonon beauty with the brain telah berjaya merungkai misteri pembunuhan itu.

Dan Bella pula walaupun telah berjaya menambat hati Datuk Hisyam (Eizlan Yusof), akhir menyedari, bukanlah cinta bermakna memiliki semua kekayaan, tetapi siapa yang sebenarnya yang dapat melindunginya dengan cinta. Bella akhirnya memilih Faqir @ Gigi Besi (Redza Minhat). Seolah-olah la penonton tak dapat teka yang Faqir ni sebenarnya orang kaya juga.

Jalan cerita yang ringan, tanpa konflik yang membelit. Klimak yang bersahaja, dan apa lagi yang anda harapkan?

Oleh kerana filem ini memakai skirt pendek warna pink (baca: kumpulan sasaran perempuan), maka janganlah merasa terganggu jika sewaktu menonton anda terdengar dialog-dialog seperti

“eee, cutenya”
“Comelllll”

Anda tidak akan menemukan dialog tersebut didalam filem ini kerana ianya datang dari sekumpulan remaja perempuan di barisan belakang anda.

Lebih menghairankan adanya ungkapan seperti “go, faqir go” sepertilah filem ini dipentaskan secara langsung.



Filem ini tidaklah sebaik yang disangkakan.
Awak tak setuju dengan saya?
Oklah, saya salah.
Filem ini memang tak best langsung.


Tiga perpuluhan tujuh lima dari lima bintang

Tiga perpuluhan tujuh lima bintang je?
Oh, my gucci !

2 Comments:

Blogger fadz said...

ya, ia sebuah filem formulaik, tetapi sebuah filem formulaik yang tahu di mana ia mahu menuju, atas itu, ia bukan filem yang buruk. tapi ya, saya hormati pandangan awak.

November 17, 2009 at 4:06 PM  
Blogger zubin said...

saya suka pandangan awak, filem ini karbon kopi "How to marry a millionaire", tak original langsung!!! it's not a bad movie but it's not a great movie or even a good movie, it's ok, certainly not my movie of the year.....

December 3, 2009 at 12:43 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home