sEkUmiT tIntA sEdiKit kAta sEcUkuP rAsa

I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet, strange, I am ungrateful to those teachers.

Wednesday, September 30, 2009

Blog!

1. Blog adalah milik individu. Ianya bersifat peribadi.

2. Membacanya bukanlah satu keperluan, malah tidak sekali wujudnya paksaan.

3. Kandungan boleh merupakan peristiwa yang benar-benar terjadi, rekaan, khayalan atau sekadar imiginasi penulis.

4. Tiada jaminan dalam kesahihannya.

5. Justeru, tiada mana-mana entri ditujukan kepada mana-mana pihak melainkan dinyatakan secara jelas dan total.

6. Adakah salah penanam cili jika pembeli yang membeli cili tanpa ada paksaan merasa pedas sewaktu memakannya?

7. Mungkin juga kerana tiada sebarang label menyatakan cili itu pedas.

8. Amaran: Membaca blog boleh menyebabkan gangguan emosi. Sila guna sepenuhnya akal dan pertimbangan.

Tuesday, September 29, 2009

sebelum lidahmu menjadi bisu


Mereka boleh menjadi begitu sensitif
_______________________________________________________________________

A : Dah makan?
B : Dah
A : Cam nh la. Makan tak ajak.
B : Ala mana tahu.
A : Hurm. Ok.
_______________________________________________________________________
Ala. Makan th benda buat sehari-hari la. Jadi tak payah la ambek hati sangat kalau member tak tunggu makan skali th. Esok lusa makan sekali ek. Haha.


Mereka boleh menjadi begitu hati kering.
_______________________________________________________________________

A : Dah makan?
B : Blum lagi. Aku ada hal sket. Tunggu aku kalau nk makan. Tapi kalau kau lapar, pi la makan dulu. Nanti aku makan sendiri.
_______________________________________________________________________
Ayiak. Rimasnya. Orang tanya A je, jawab A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, semua. Kadang-kadang orang lagi selesa dengan jawapan pendek je tanpa perlu ulasan berjela. Kawan kamu th pun dah besar, kalau dia nak tunggu, dia tunggu. Kalau dia nak pi makan pun, dia pi je tanpa perlu kita menyekolahkan dia.


Hehe. Jadi kenali sifat sahabat anda.


Hubungan boleh menjadi begitu rapuh.
Sepatah kata boleh menghancurkan satu pertalian.
Sepotong kata boleh melenyapkan sebuah ikatan.

Namun, bukanlah kata-kata keras yang terhambur yang patut dikesalkan.
Madah-madah indah, suara hati yang tersimpan sunyi didalam jiwa tanpa pernah terluah.

Ungkaplah.
Katakanlah.
Sebelum lidahmu menjadi bisu.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya


saya tiada dari
Jumaat (18 sept) hingga Ahad (28 sept)
jadi, jangan rindu-rindu
kalau rindu jugak, sila print gambar saya
letak bawah bantal
sediakan jugak sekotak tisu

tatap sambil dengar lagu
aisyah - pulanglah



bagai meminjam zuhud sang wali
tangan dihulur, maaf dipinta
pada silap, salahnya diri
pada khilaf yang pastinya ada

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin

Saturday, September 12, 2009

September, dua belas

Yeah.
Sampai sudah 12 september.
Happy birthday ke 17 buat diri sendiri.
Yeay. Yeay.

Thank untuk semua yg wish.

Friday, September 4, 2009

Ramadhan

Wah. Sudah lama saya tak update blog. Gila lama. Hehe. Takde la sampai gila. Ok. Mari update panjang panjang sket. Sempena bulan ramadhan nh, mari cakap pasal bulan ramadhan.

Puasa
Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga je. Tapi benda-benda lain pun. Dulu saya ingat masa hantar-hantar kad raya, kecik-kecik dulu ada tulis “hari raya adalah hari kemenangan setelah berlawan dengan hawa nafsu”. Darjah-darjah kot masa th. Tengok walaupun umur baru sekangkang kera, tapi iman, ishk. Persis imam. Haha. Padahal hawa nafsu pun tak tahu apa masa th. Eleh-eleh, tak payah cakap korang umur baya th dah tahu dah. Korang pun mengeja apple dengan epal pun selalu tetukar masa th. Sekarang mesti dah tahu kan? Ok, jadi tahu la bulan ramadhan tak bley sayang satu badan ke, tidur atas riba ke. Manja-manja ke. Jangan buat ok. Peliharalah ramadhan. Hehe. Lupa korang blum kawen lagi. Jadi bukan ramadhan pun tak bley buat, jangan.

Tadi saya nampak seorang guard bawa polisterin bekas makanan dengan air teh ais ikat tepi. Nyum. Tapi perilaku ini dilakukan pukul 12 tengah hari. Nampak saya je, terus laju-laju lari masuk pondok guard. Ishk. Malas cakap apa. Gasterik agaknya. Haha. Bersangka baik.

Sahur
Sahur nh sunat. Hehe. Ala, macam korang tak tahu kan. Sahur saya kebanyakkannya roti-telur.

Roti-telur.
Roti-telur.

Bukan roti telur yang ditebar oleh Encik Abdul Kudus, seorang penebar roti tangan berbulu di kedai Khaleel th. Bukan. Nh roti gardiner th. Dengan telur goreng. Bangun pukul 5.30 pun sempat lagi. Bakar roti, goreng telur, potong sket-sket apa yang ada. Bawang. Tomato. Siap. Hasilnya, tengah hari lapar. Pasth cakap “menyesalnya tak sahur nasi tadi”. Hurm, begitulah.

Taraweh
Taraweh nh sunat jugak. Bley sembahyang 8 rakaat, 20 pun bley. Campur 3 witir. Kalau kat kampung saya, mesti orang dh suruh saya yang jadi imam la. Maklum la. Saya nh muka baik, perangai zuhud. Memang tetiap tahun calon tokoh maal hijrah kampung saya, saya yang pegang la. Tak percaya? Tengok trofi kat rumah la. Berpuluh ada. Tapi bukan kat rumah saya la. Hehe. Sebab nh bukan kampung saya, saya jadi makmum je la. Bagi laluan kat penduduk setempat. hehe

Awal-awal ramadhan selalu orang pi masjid lain-lain tetiap malam. Diorang survey sape baca sedap, surah panjang, masjid th la nanti diorang pi hari-hari. Tapi tahu, korang mesti survey yang baca laju, juzuk amma kan. Korang la, saya tak.

Masa korang kecik-kecik dulu mesti penah dengar ayat nh kan.
“oi, budak-budak. Orang sembahyang, jangan buat bising”.

Percayalah. Ayat th masih kekal sinonim dengan mana-mana surau. Padahal budak-budak th buat bising pun belum lagi. Baru je sampai. Tak ke pakcik garang th fikir. Budak-budak th datang masjid pun kira bagus la. Nh blum pun bising dan kena marah. Tapi pakcik garang th ada alasan dia sendiri. Dia kata th “preventive action”. Hasilnya bila masuk hari ke 10, 11 puasa la. Sunyi je masjid. Saf pun tinggal 2. Sorang budak-budak pun dah takde dekat masjid. Preventive!

Ok. Sudah.
Pelik sekarang sama-sama Islam pun nak bergaduh. Bukankah kita menyebah Tuhan yang sama? Arah kiblat yang satu?