sEkUmiT tIntA sEdiKit kAta sEcUkuP rAsa

I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet, strange, I am ungrateful to those teachers.

Wednesday, January 30, 2008

yang diucap dalam bahasa terindah ..

30 jan

Ungkapan cinta. Jep selalu ckp saya jiwang. Munirah binti Mustafa juga berkata begitu. Hehe. Tapi saya rasa saya tidaklah jiwang sangat. Hanya saya cuba untuk mengungkap perasaan saya dengan bahasa berlapit. Sebab saya percaya, perasaan ini, apa yang kita rasa, adalah sesuatu yang indah.. jadi harus pasti diungkapkan dalam bahasa terindah.

Saya rasa seorang melayu selalunya tidak direct. Maksud saya, mereka menyampaikan maksud secara tidak terus. Nakalnya bersulam jenaka. Marahnya berkait seloka. Yang pasti, katanya selalunya berkias. frank dalam satu bukunya ada menulis tentang percintaan melayu pada masa dahulu,

" gadis melayu pada masa itu memberikan isyarat setuju pada jejaka pilihannya dengan menjatuhkan kain tudungnya dihadapan jejaka yang disukainya, dimana anak mata mereka tidak mungkin bertemu " . indahnya~

Sebab itu, saya rasa, perlunya bahasa terindah dalam mengungkap perasaan. Lagipun, fatin cakap kat saya, “apa yang orang rasa tak penting, yang penting apa yang saya rasa.”.. hehe

Hari nie saya banyak aktiviti.. pagi ke lab, petang berjumpa supervisor. Dan kala bulan mengambang, jep-haidi-bote-peje menghasut saya supaya pergi menonton wayang. Sungguh keji perwatakan mereka..Tapi mereka terpaksalah menunggu sehingga saya tamat menonton puteri saya. Hehe. Apapun satu perjalanan menyeronokkan dengan macam-macam peristiwa yang boleh dibuat status YM.

Sebenarnya, hari nie saya patutnya tulis pasal jep yang rasa diri dia lagi abang dari saya, tetapi saya tiada idea nak tulis. Hehe.

5 Comments:

Blogger Jaffrey said...

tak ada idea bermakna jep adalah abg.

January 30, 2008 at 9:06 PM  
Blogger burberry said...

iye ke?
hehe.. lawak je dengar~

January 30, 2008 at 9:30 PM  
Blogger nananane said...

jiwang tu bahasa orang berkasih sayang. tapi kalau dalam konteks ni(cakap berlapik), bukan jiwang tapi sopan. kan? kan? hehe.

melayu sinonim dengan sopan, bahasa berkias&berlapik.

melayu jugak sinonim dengan mudah lupa&cepat melatah.

kolaborasi=melayu yg hilang identiti.

mungkin saye pun dr generasi yg same.

January 31, 2008 at 2:33 AM  
Blogger REEFapfy said...

~ conclusion nye.. orang semacam kamu jarang dpt jumpe di zaman inih..( 1 dlm 10000)

~ macamne kamu bley susun ayat cam2.. sampai skang saye konpius.. ????

p/s= kamu tidak la saya rase jiwang sangat.. tapi ayat kamu yang berpusing2 tuh buat orang pikir begitu~~"

January 31, 2008 at 8:08 AM  
Blogger burberry said...

sayakan ahli nujum,,
masa nk tulis blog saya biasanya akan menyediakan kimiyan, limau purut, kain kuning dan garam..

tak lupa juga mangkuk berisi air~

hehe

January 31, 2008 at 10:24 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home