sEkUmiT tIntA sEdiKit kAta sEcUkuP rAsa

I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet, strange, I am ungrateful to those teachers.

Tuesday, February 12, 2008

Response time


MOHAMED ZUL EZZANIE
83599 – KEJURUTERAAN MEKATRONIK

Tajuk: Mengkaji tahap masa tindakbalas (response time) kawan-kawan terhadap sms saya

Radas:
1.Telefon Bimbit
2.Talian Prabayar
3.Teka – teki mudah

Kaedah:
1. Satu teka-teki mudah disediakan,

“ Cuba jwb teka – teki nie ..
Wujud dihujung dunia,
Duduk ditengah orang,
Lebih pada nama,
Kurang pada rupa,
Kecil di China,
Besar di Arab,
Ada di sana,
Tiada di sini,
Ada besar,
Tiada kecil ,
2 di atas,
2 di bawah,
1 pada emak,
2 pada ayah,
Ada dekat ayam,
Tiada pada itik,
Tiada dirindu,
Tapi banyak pada kaseh sayang .. “


2. Pilih 11 rakan-rakan.
3. Hantar sms teka-teki tersebut kepada rakan-rakan.
4. Masa bermula selepas delivery report tiba.
5. Perlu diingatkan bukanlah jawapan betul yang diambilkira, masa tamat dikira pada sms reponse tiba.
6. Satu jadual keputusan disediakan.

Keputusan:
1. Mariana 1 minit 30 saat
2. Rifqah 5 minit 45 saat
3. Fatin 6 minit 20 saat
4. Haidi 7 minit 10 saat
5. Ierwan 7 minit 13 saat
6. Sarah 8 minit 30 saat
7. Munirah 8 minit 45 saat
8. Jaffrey 15 minit 30 saat

Jadual menunjukkan susun bermula dengan masa tindakbalas yang paling pantas dan diakhiri dengan masa tindakbalas terlewat sekali.

Perbincangan:
Terdapat beberapa pemalar yang diabaikan dalam eksperimen ini seperti lokasi kawan-kawan berada, jantina, jumlah baki kredit mereka, jenis telefon bimbit mereka, kondusi pad kekunci, keupayaan menaip, sikap kedekut kredit kawan-kawan dan perkara yang sedang mereka lakukan ketika menerima sms. Manakala pemalar yang dimanipulasikan ialah umur, pusat pengajian, mempunyai telefon bimbit dan mengenali saya.

Kesimpulan:
Kawan-kawan saya masih mempunyai kadar respon yang pantas. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa peserta yang tidak menunjukkan respon sehingga masa eksperimen tamat iaitu 30 minit setelah sms dihantar. Keadaan ini mungkin terjadi kerana mereka ketiadaan kredit, diluar kawasan liputan, mempunyai urusan penting atau dengan sengaja mengabaikan teka-teki yang tidak menguntungkan.



12 Comments:

Blogger REEFapfy said...

~patutnye saye bley menang nih~
tapi nk buat camane saye pegi kedai wak2 tuh.. balek2 terus sepantas kilat saye jawab
patutnye name saye yg no1
kahkahkahkahkah

February 12, 2008 at 10:21 PM  
Blogger burberry said...

kamu deal dgn mariana,
mana la tau dia murah hati kasi kamu ambek 1st place dia..

haha

February 12, 2008 at 10:25 PM  
Blogger Jaffrey said...

heyyy
tak aci! time ko anta sms ni aku ada berlegar2 kat bilik ko ngan bot.

aku charging bateri kat bilik. tak adil! aku patut no1, bukan last!

February 12, 2008 at 11:38 PM  
Blogger burberry said...

kamu mana last, ada 3 org lagi last blkg kamu.. nama je ada hp br, tp kdit sep~ haha

February 13, 2008 at 12:45 AM  
Blogger nananane said...

hehe. kelakar.

p.s: reef, saye tak balas pun msg anda yg ni kan. nsb baik anda tak buat report cmni. saye bkn sep kdt tapi saye tak main teka-teki la.

February 13, 2008 at 4:24 AM  
Blogger burberry said...

nanti saya buat eksperiment lagi,
pastikan kamu mengambil bahagian ..

haha

February 13, 2008 at 5:01 AM  
Blogger REEFapfy said...

~tuh la aku memberi msg kepada dayana ingtkan die terror~hahaha

February 13, 2008 at 7:39 AM  
Blogger burberry said...

adakah beliau bertahap ierwan?
buah hati?
taji?

haha, memain

February 13, 2008 at 10:52 AM  
Anonymous Anonymous said...

hurm baru bley comment.
mana bley abaikan pendapat pentidak ada blog.hurm~

p/s:saya rs saya layak menang tempat pertama nih sbb penganjur patut x abaikan masa terima msg tgh buat apa.kurang terer la penganjur.cuba di lain kali~
lalallala~

February 13, 2008 at 9:23 PM  
Blogger burberry said...

baiklah, saya aku memperbaiki mutu penganjuran di lain masa,

ataupun, kamu boleh juga mencuba sentiasa memegang hp sambil membuat kerja lain kamu.. cubalah~

February 13, 2008 at 9:31 PM  
Blogger SaKuRa said...

bukan saya tidak mahu membalas teka teki itu..tapi sampai sekrang saya masih memikirkan apa jawapan itu..[agak telah membuang masa saya sampi termimpi2 apakah jawapan itu..(@_@)....huhu~~]

sepatutnya penganjur patut memberitahu setiap peraturan permainan teka teki ini..huh~..kalo saya tahu..sudah tentu saya menjadi pembalas pertama..[sakura nk menang jugakk~~!!]

dengan harapan mutu permainan ak dipertingkatkan seperti yang di kata oleh cik muda fatin

sekian~~~

February 15, 2008 at 10:39 AM  
Anonymous Anonymous said...

weh...aku reply jawab tekateki ko kurang 1min tau...man aciii... huhu

February 27, 2008 at 10:46 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home