sEkUmiT tIntA sEdiKit kAta sEcUkuP rAsa

I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet, strange, I am ungrateful to those teachers.

Thursday, February 14, 2008

Sekadar sebuah catatan

Hari ini, 14 februari, hari lahir bapa saya. Selamat hari jadi,ayah. Hari ini juga hari jadi kecik.. surprise.

Semalam parlimen dibubarkan, hari ini tarikh penamaan calon dan pembuangan undi ditetapkan oleh spr. Saya tidak berminat menulis tentang politik. Sejak dari zaman persekolahan lagi, saya menganggap politik sesuatu yang kotor. Jijik dan menjengkelkan.


Tapi seperti masa berputaran, saya akhirnya menyedari, politik tidaklah kotor, cuma ahli politik yang menjadikkannya jelik. Saya jijik melihat perbuatan memanipulasi media untuk meraih undi, memburukkan lawan demi meningkatkan krebiliti diri, menyumbang bukan kerana simpati dan berkata berlapit dusta.

Baik kerajaan mahupun pembangkang, saya bukan memihak kedua-duanya.

Saya kesal kerana semua pandangan terarah ke sini. Helaian-helaian awal surat khabar dipenuhi berita politik, saluran televisyen dilonggokkan propaganda, hingga kita akhirnya melupakan shalinie.

Pencarian sharlinie tidak lagi diberikan ruang dimuka hadapan. Ditolak ke sebelah dalam dada akhbar. Satu hari nanti mungkin, berita sharlinie ditolak ke ruangan iklan atau paling menyedihkan, jika khabar berita pencarian sharlinie dianjakkan ke ruangan hiburan. Begitulah kita, masyarakat paling penyayang~.

Tidak sekali membidas sesiapa.jauh sekali mengaibkan media. Cuma sekadar meluah simpati, pada ruang sekumit mimpi, moga dijauhkan semua. Apalah gunanya rating pentadbiran antara yang terbaik dunia, rating jenayah diperingkat terkawal, bila kita melupakan sharlinie dan membiarkan ia menjadi sekadar sebuah catatan, dalam lipatan sejarah..

5 Comments:

Blogger nananane said...

politik ialah satu permainan yg tricky. tak boleh menang kalau tak menjatuhkan. tapi skrg menjatuhkan bererti perlu bermain kotor. jadilah politik permainan yg kotor.

tapi saya suka tengok menusia main politik. ragam macam-macam.

media kita dipengaruhi kerajaan. jadi seharusnya longgokan dan fokus itu ada. media nak kaut untung, jadi nak tak nak kena ikut.

tapi, saya tetap rasa masyarakat malaysia masih lagi penyayang. cuma media tak boleh buat keputusan berdasarkan kemanusiaan. media buat keputusan untuk keuntungan.

February 15, 2008 at 4:54 AM  
Blogger REEFapfy said...

~betui2 saye pun rase masyarakat malaysie penyayang ..

mungkin kerana kehilangan sharlinie sudah lame dan mungkin ade perkara laen yang sama penting dengan sharlinie..walaupun hakikatnye saye pun rase politik adalah satu permainan yang kotor tapi saye tetap rase walaupun ianye sedikit kotor tapi sgtlah penting untuk kite mengetahui.. tidakkah?

~bagi saye, bukanlah berita sharlinie diabaikan..cume bagi saye ianya mengikut peredaran masa bukanlah bermaksud untuk melupakan sharlinie.. tapi media harus mencari bahan laen untuk diketahui masyarakat dan perkara laen itu sudah semestinye same pentingnye dengan sharlinie..

~ berita tentang sharlinie takkan hilang saye rase.. masyarakat kite sgt penyayang, mereka sgt prihatin dlm kehilangan sharlinie..kalaupun sudah tiada di dada akhbar tapi saye percaye rakyat malaysie akan melaporkan apa sahaja maklumat yang mereka dpat mengenai sharlinie..

p/s= semoga tuhan cepat temukan semula kita dengan sharlinie..

February 15, 2008 at 5:37 AM  
Blogger burberry said...

saya cuma berpendapat,
makin ke dalam berita sharlinie ditempatkan,
makin tipis harapan kita bertemunya semula ..

February 18, 2008 at 3:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

sharlinie, my thoughts and prayers are with you. i am lost for words. i sincerely hope that the police would drop other less important cases for the moment and give ur case the utmost priority.

Allah Bless you little girl. Who ever does this to this child shouldn't play play with GOD ALMIGHTY

February 19, 2008 at 12:49 AM  
Blogger REEFapfy said...

burberry
betul jugak pemikiran kamu.. urm..entahlah harapan macam tinggal harapan dan tawakal..saye cume harap walau dimana die ade.. die akan selamat itu sudah cukup bagi saye~

p/s=kamu sngt concern-sangt bagus~

February 19, 2008 at 7:55 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home