sEkUmiT tIntA sEdiKit kAta sEcUkuP rAsa

I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet, strange, I am ungrateful to those teachers.

Friday, October 9, 2009

Papadom


Apa yang kita tak suka?
Freshie gatal suka mencuri.


Memulakan ulasan dengan salah satu daripada himpunan plot-plot menarik filem Papadom. Arahan Afdlin Shauki.

Kisah bermula dengan Saadom dari perniagaan gerai nasi kandar yang kecil, sehinggalah memiliki rangkaian nasi kandar yang berjaya. Kerana terlalu sibuk dengan kerjanya, Saadom tanpa sedar mengabaikan keluarganya.

Akhirnya, isterinya Munirah terlibat dalam kemalangan. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Munirah mewasiatkan Saadom untuk menjaga anak mereka, Miasara dengan baik. Sejak dari itu, Saadom menjadi terlalu obses untuk untuk menberi perhatian pada Mia tanpa membenarkan sedetikpun Mia terlepas dari pandangannya.

Digarap dengan sempurna. Wajar menjadi filem terbaik.

Sila pilih babak-babak yang anda suka.
#1. Saadom tackle kaki Shasha (Scha) sebab bergaduh dengan Mia.
#2. Shasha (Scha) dengan kumpulan sorak cheer lagu “Freshie gatal..”
#3. Mat @ wajib tayang (Que) dengan bersahaja menamakan patung bearnya – Singa.
#4. Mia belek gambar beruang kat baju Mat sambil cakap-cakap comel “…sape nama awak? sape nama awak? sape nama awak? sape nama awak? “
#5. Semua babak jelmaan-jelmaan mun.

Saya paling suka yang #4. Comel.

Ada banyak lagi yang menarik dalam Papadom. Pergilah menonton.
4.5 dari 5 bintang.



Benarlah kata mereka, bukanlah mencintai maknanya memiliki.
Hatta, melepaskan ia pergi untuk sesuatu yang membahagiakannya,
adalah ertinya sebenar-benar cinta.

Lepaskanlah ia. Kalau itu yang membahagiakannya.
Senyumlah.


Walau terpaksa melepaskan jelmaan pari-pari indah dari lantai syurga.
Biarkan ia terbang bebas bersama sayap asmaranya.
Senyumlah.

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

#6. babak apa2 sahaja yang melibatkan encik shukor (harus salim bachik)

haha..

October 11, 2009 at 10:33 PM  
Blogger burberry said...

hehe.
saya nk uji qc awak.
eh, iq.

"shukor kata bgn,,"

October 11, 2009 at 10:42 PM  
Blogger REEFapfy said...

suke harun salim bachik jugak.
;)
suke que jugak.walaupun wajib tayang.
(tak sangka boley suke que)
haha

October 14, 2009 at 11:26 AM  
Blogger Jaffrey said...

tak tengok lagi...

tapi baca babak 4 dalam blog ni pon dah boleh bayang.
hahaha~

nak pegi tengok next week!ada lagi ke tah?

October 20, 2009 at 12:48 AM  
Blogger burberry said...

reef,
elleh2.
bkn ke dl kamu dh tersuka?
igt tak tahu ke kamu benci dia lepas dia kawen dgn linda.

th la dl org gosip que bw blk linda beraya taknk percaya.

hahaha

October 25, 2009 at 9:10 AM  
Blogger burberry said...

jep,

jd, sempat tak tgk?

October 25, 2009 at 9:11 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home