sEkUmiT tIntA sEdiKit kAta sEcUkuP rAsa

I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet, strange, I am ungrateful to those teachers.

Friday, September 4, 2009

Ramadhan

Wah. Sudah lama saya tak update blog. Gila lama. Hehe. Takde la sampai gila. Ok. Mari update panjang panjang sket. Sempena bulan ramadhan nh, mari cakap pasal bulan ramadhan.

Puasa
Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga je. Tapi benda-benda lain pun. Dulu saya ingat masa hantar-hantar kad raya, kecik-kecik dulu ada tulis “hari raya adalah hari kemenangan setelah berlawan dengan hawa nafsu”. Darjah-darjah kot masa th. Tengok walaupun umur baru sekangkang kera, tapi iman, ishk. Persis imam. Haha. Padahal hawa nafsu pun tak tahu apa masa th. Eleh-eleh, tak payah cakap korang umur baya th dah tahu dah. Korang pun mengeja apple dengan epal pun selalu tetukar masa th. Sekarang mesti dah tahu kan? Ok, jadi tahu la bulan ramadhan tak bley sayang satu badan ke, tidur atas riba ke. Manja-manja ke. Jangan buat ok. Peliharalah ramadhan. Hehe. Lupa korang blum kawen lagi. Jadi bukan ramadhan pun tak bley buat, jangan.

Tadi saya nampak seorang guard bawa polisterin bekas makanan dengan air teh ais ikat tepi. Nyum. Tapi perilaku ini dilakukan pukul 12 tengah hari. Nampak saya je, terus laju-laju lari masuk pondok guard. Ishk. Malas cakap apa. Gasterik agaknya. Haha. Bersangka baik.

Sahur
Sahur nh sunat. Hehe. Ala, macam korang tak tahu kan. Sahur saya kebanyakkannya roti-telur.

Roti-telur.
Roti-telur.

Bukan roti telur yang ditebar oleh Encik Abdul Kudus, seorang penebar roti tangan berbulu di kedai Khaleel th. Bukan. Nh roti gardiner th. Dengan telur goreng. Bangun pukul 5.30 pun sempat lagi. Bakar roti, goreng telur, potong sket-sket apa yang ada. Bawang. Tomato. Siap. Hasilnya, tengah hari lapar. Pasth cakap “menyesalnya tak sahur nasi tadi”. Hurm, begitulah.

Taraweh
Taraweh nh sunat jugak. Bley sembahyang 8 rakaat, 20 pun bley. Campur 3 witir. Kalau kat kampung saya, mesti orang dh suruh saya yang jadi imam la. Maklum la. Saya nh muka baik, perangai zuhud. Memang tetiap tahun calon tokoh maal hijrah kampung saya, saya yang pegang la. Tak percaya? Tengok trofi kat rumah la. Berpuluh ada. Tapi bukan kat rumah saya la. Hehe. Sebab nh bukan kampung saya, saya jadi makmum je la. Bagi laluan kat penduduk setempat. hehe

Awal-awal ramadhan selalu orang pi masjid lain-lain tetiap malam. Diorang survey sape baca sedap, surah panjang, masjid th la nanti diorang pi hari-hari. Tapi tahu, korang mesti survey yang baca laju, juzuk amma kan. Korang la, saya tak.

Masa korang kecik-kecik dulu mesti penah dengar ayat nh kan.
“oi, budak-budak. Orang sembahyang, jangan buat bising”.

Percayalah. Ayat th masih kekal sinonim dengan mana-mana surau. Padahal budak-budak th buat bising pun belum lagi. Baru je sampai. Tak ke pakcik garang th fikir. Budak-budak th datang masjid pun kira bagus la. Nh blum pun bising dan kena marah. Tapi pakcik garang th ada alasan dia sendiri. Dia kata th “preventive action”. Hasilnya bila masuk hari ke 10, 11 puasa la. Sunyi je masjid. Saf pun tinggal 2. Sorang budak-budak pun dah takde dekat masjid. Preventive!

Ok. Sudah.
Pelik sekarang sama-sama Islam pun nak bergaduh. Bukankah kita menyebah Tuhan yang sama? Arah kiblat yang satu?

8 Comments:

Blogger WNA said...

bday 9 september?

September 6, 2009 at 9:16 AM  
Blogger burberry said...

tak.
saya salah kira la.
hehehe

September 6, 2009 at 8:19 PM  
Anonymous cikmudafatinliyana said...

eja tarawikh pon salah en para menulis nih.
hahahhaha

September 8, 2009 at 5:00 AM  
Blogger burberry said...

kamu pun salah eja jugak.
ejaan betul adalah TARAWIH
(kamus dewan edisi keempat)

cikmudafatinliyana menulis komen nih.
hahahhaha

September 8, 2009 at 10:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

lu tokoh maal hijrah..? balik sahur, terus tam2 smpai lagi seminit nak subuh pastu tidur..mana nak jadik tokohnya, haha..

lu bukan lama gila x update blog, tapi dah super-duper-lama-haram-ding-dong lu x update..

slamat berpuasa la ye..jadikan kisah2 lama sebagai pengajaran masa hadapan..haha..

September 9, 2009 at 6:41 AM  
Blogger burberry said...

iskh, ko salah orang kot bro.
aku nh para yg selalu p bilik ke bilik bg tazkirah th.

ko kenal ke?
hahha

September 9, 2009 at 10:30 AM  
Blogger REEFapfy said...

zuhud?
kagum
haha

September 11, 2009 at 2:00 AM  
Blogger burberry said...

a'ha.
saya pun kagum dgn diri saya sendiri.

September 12, 2009 at 9:58 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home