Sifu dan Tongga
Dari awalnya saya memang tidak mengharapkan apa-apa kelainan dari Razak Mohaideen dalam filem terbarunya ini berbanding filem sebelum-sebelumnya. Saya pasti filem ini adalah kitar semua dari fiem-filem yang lalu, dimana jalan ceritanya agak longgor dan nilai ilmiah yang sekumit.
Namun, apa yang memanggil saya untuk menonton filem ini adalah menonton penampilan pertama Nabil, Johan Raja Lawak musim kedua dan yang keduanya, filem ini sebahagiannya menjalani penggambarannya di Lenggong, Perak. Siapa yang tidak teruja, Erra Fazira berlakon di kampung saya.
Hasilnya, satu positif, dan satu lagi kontra.
Lakonan Nabil yang bersahaja, dibantu dengan Pelawak No.1 negara, Saiful Apek Nampak berkesan. Walaupun kebanyakkan lawak spaktikal mungkin kerana terikat dengan skrip dan jalan cerita, namun, terdapat beberapa babak-babak yang dijayakan oleh kedua pelawak ini nampak spontan dan hidup yang pasti menggeletek hati. Saya rasa sudah tiba masanya, pelawak diangkat lebih dari sekadar watak yang hanya membuatkan penonton ketawa dengan mesej-mesej kosong.
Lenggong. Anda tahu dimana? Pasti anda tertanya-tanya mengapa Razak memilih Lenggong sebagai lokasi penggambaran. Saya mulanya beranggapan Razak akan mengekpoitasinya menjadi babak indah yang mungkin tidak terdapat di tempat lain. Tidak. Anggapan saya nyata meleset. Tidak ada apa yang mahu dikagumkan. Pesan saya pada Razak, simpan saja bajetnya untuk dating ke Lenggong dan lakukan penggambaran itu di belukar di belakang rumahnya sahaja. Mungkin rasa kagum saya masih dibawa-bawa oleh filem Ana and The King, yang beberapa babak yang dilakukan di Lenggong, tetapi dimanipulasikan dengan baik sehingga seolah-olah Ana berada di taman-taman indah, pelusuk bumi yang penuh keajaiban.
Jika diajukkan perkara ini pada Razak tentunya dia menjawab soal bajet menjadi kekangan. Klise~
Mungkin apalah kapasiti saya untuk mengkritik filem. Bukan seorang pelajar seni, jauh sekali seorang professor yang mindanya pasti dipenuhi ilmu, selok belok dunia seni. Tapi, sayalah penonton, yang membayar harga tiket untuk menonton filem melayu pada hari pertama tanyangannya, dengan harapan, industri filem kita, satu hari nanti, mampu berdiri gagah dipersada dunia. Buatlah saya puas menonton filem yang skripnya ditulis dalam bahasa Melayu. Bahasa ibunda saya.
Dua dari Lima Bintang.

Sekian.
2 Comments:
Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Pada pandangan saya sebenarnya pengarah filem Melayu masih syok sendiri, tiada kreatif dan matlamat masih kabur.
mntak saudara razak tersbut wat penggambaran di taman gembira..
pasti terpesona dgn pelbagai budaya dan cara hidup malaysia dan negara2 jiran yg bercampur secara harmoni..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home