kuasa dan kemanusian ..
[satu] : kemanusiaan
Timbalan menteri keselamatan dalam negeri, Datuk Fu Ah Kiow (baca bekas timbalan menteri) cuba untuk meredakan kebimbangan orang ramai dengan mengeluarkan fakta bahawa tahap kes yang diselesaikan oleh polis malaysia jauh lebih baik dari Interpol. Polis (40-50% kes diselesaikan) - Interpol (20% kes).
saya tahu dalam matematik mudah darjah enam, sudah tentulah polis mempunyai imej yang baik. tapi, tolonglah, ah kiow, saya bukan sebegitu benggap untuk mengetahui bahawa Interpol menjadikan dunia sebagai crime scene nya manakala polis hanyalah mengurus kes jenayah dibumi kecil kita,Malaysia.
sampai bilakah kamu mahu membiarkan pembunuh nurin berkicauan bebas? bilakah pula kamu mahu menemui nini (sharlinie)? bila dia sudah pergi menemani nurin disana? bila dia pergi menemui Ilahi?
kamu mempunyai ruang untuk berkata-kata. jangan jadikan madah kamu menyakitkan hati~
[dua] : kuasa
belek-belek akhbar kamu. baca tentang perjalanan penamaan calon untuk pilihan raya. kamu akan dapati seolah-olah kamu sedang membaca cerita jenaka.
betapa kelakar menyaksikan calon-calon cuba untuk melucutkan kelayakkan bertanding lawan mereka dengan alasan remeh. nama tidak disertakan perkataan 'bin', malah lebih kelakar, tidak meletakkan titik turut dijadikan bahan bantahan.. tapi ianya tidak sekelakar mencalonkan orang yang muflis~
kamu laungkan demokrasi. kamu jeritkan perjuangan membela rakyat. usahlah mencari kemenangan sebegitu. tentanglah lawan kamu dengan adil. kalau takut dengan risiko, usahlah kamu bicara tentang perjuangan ..
sekadar teringatkan sepotong kata : ahli politik seperti lampin, mereka perlu ditukarkan dengan kerap ..
3 Comments:
[satu] : kemanusiaan
bile bace catatan kamu ini baru terdetik..mungkin juga..
[dua] : kuasa
kahkahkahkahkah.. sangat kelakar.. sampai begitu sekali nak menang.. titik pun menjadik persoalan.. memang politik yang kejam
bila lah saye akan terbuka hati untuk mengundi.. tidak tahu yang mana satu harus diundi [blur]
p/s= harap maap saye memang jarang membace akhbar.. (sile ketuk kepala saye kerana malas) ;)
saya pun tidak layak mengundi.
bkn krn blum ckp umur,
tp tidak mendaftar..
haha..
datuk fuh ah kiow tak pass matematik moden spm kot.
lampin yang tidak ditukar akan menyebabkan kulit bayi tak dapat bernafas dan mengakibatkan ruam lampin.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home