Maut
Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar). As Sajadah, Ayat 21
Pertamanya, agak kecewa kerana file ini tidak ditayangkan di GSC Quensbay. Entah apa masalahnya. Tetapi saya dapat juga menonton pada hari pertama tayangan di Bukit Jambul Cineplex.
Masih agak sukar menpercayai ianya sebuah filem sentuhan Babe Hj Azmi. Saya telah dibesarkan dengan filem-filem Babe separti KL Menjerit, Syaitan dimana plot-plotnya digarap dengan teliti dan ditampilkan secara begitu kreatif. Tetapi malangnya, tiada garapan sebegitu pada Maut. Percayanya, ia begitu mengecewakan.
Maut membawakan tiga kisah dibawah satu judul. Kisah pertama berlaku pada bulan Syaban, kedua di Ramadhan dan ketiga di Syawal. Elemen yang menghubungkan ketiga-tiga kisah.
Syaban.
Mengisahkan tentang alam roh. Dimana roh seorang gadis yag mati dirogol cuba memberitahu dimana mayatnya berada.
Ramadhan.
Mengisahkan tentang alam ghaib. Seorang pramugari yang terbawa jauh terhadap kehidupan barat dan akhirnya disedarkan oleh pengembaraan kea lam ghaib semasa koma.
Syawal.
Tentang alam kubur. Mengisahkan bagaimana balasan Tuhan terhadap seorang pemuda yang fanatic terhadap falsafah music gelapnya yang mana pada hari pengkebumiannya berlaku banyak perkara pelik.
Ketiga-tiganya menghadapi masalah pada skrip. Penggunaan kata yang begitu baku. Dan gaya lakon yang kaku. Sungguh. Jalan cerita tidak digarap dengan sempurna dan plot-plot dijalinkan dengan begitu longgar. Jalan cerita yang mudah diteka. Kamu hanya perlu menonton 5 minit pertama setiap kisah dan sudah dapat meneka akhirnya. Percayalah, tekaan kamu pastinya tepat. Penekanan pada punch line dibiarkan begitu lemah, tidak padu. Mungkin yang menjadi keutamaan oleh Babe dalam filem ini adalah nilai moralnya. Pengolahan cerita seolah-olah diabaikan oleh mesej moral yang sarat dalam filem ini.
Walaubagaimanapun, kredit harus diberikan pada kisah ketiga-Syawal. Ianya begitu hidup. Plot dimana satu gig sedang berlangsung sangat realitik. Pastinya Babe melakukan banyak homework untuk ini. Dari pengalaman saya, saya pasti dari pakaian penonton gig, hinggalah ke nada bunyi kumpulan musik itu, pastinya Babe melakukan banyak penyelidikan sebelum mengarahkan plot itu. Ianya bukan seperti adegan gig black metal dalam drama Yusof Haslam yang begitu tidak sempurna.
Kredit juga pada Que yang mempamerkan mutu lakonan kelas A. Tersendiri. Dari gaya lakon hinggalah ke ungkapan dialog, Que memang wajar mendapat pujian. Sayangnya, Que seorang tentunya tidak dapat menggangkat keseluruhan cerita menjadi satu karya agung. Apapun, selamat pengantin baru untuk Que. Hehe.
3 dari 5 bintang.
4 Comments:
tak aci sebut que selamat pengantin baru.
huh.
tak aci kenapa pulak?
takde sebab.
saje suke tak aci.
saya kan artis.
rakan sesama artis, saya kena la ucap awal-awal.
hahaha
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home